SEJARAH PSS

SEJARAH PSS

PSS SKS27(1) ditubuhkan selari dengan perkembangan pesat sekolah ini. Sekolah ini telah dibina dengan nama SK Seksyen 27 (1).. Pusat Sumber sekolah ini ditubuhkan pada tahun 2003.

PSS SKS27(1) adalah sebagai perpustakaan dengan mengekalkan fungsinya koleksi bahan bacaan dan memberi perkhidmatan pinjaman kepada pelajar-pelajar. Sejak 2003, PSS SKS27 (1) telah ditempat di Blok B aras 3 sekolah ini.

            

Unit-unit di bawah kawalan PSS telah diwujudkan termasuklah Unit Perpustakaan, Unit Bahan Bantu Belajar, Unit Bilik Tayangan  Unit APD dan ASTRO, dan sebagainya. PSS SKS27(1) adalah di bawah kawalan Pusat Kegiatan Guru (PKG) Subang Jaya.


            Sejak ditubuhkan, PSS ini telah mempunyai 5 orang GPM, iaitu Datin Wan Nurul Asilah Wan Abdillah, Pn Marshidah Md Aris, Pn NorMaziah Selamat, Pn Nur Diyanah Abdullah dan kini GPM baru ialah Pn Suraya Mohd Zin (Lantikan Mac 2015). Diharapkan dengan adanya PSS SKS27(1) membolehkan semua warga sekolah dan masyarakat menggunakan kemudahan sedia ada dengan sepenuhnya.

No comments:

Post a Comment